Namun, perkara sebaliknya berlaku di mana Honda bakal menghentikan penjualan kenderaannya di Russia menjelang tahun 2022 sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula operasi globalnya, menurut laporan Reuters.
Tidak seperti pesaing Toyota dan Nissan, Honda sendiri tidak mempunyai fasiliti pemasangan di sana, dan prestasi jualan juga tidak memberangsangkan, hanya 1,383 unit sahaja dari tempoh Januari-November tahun ini.
Sebagai perbandingan, untuk tempoh yang sama sebanyak 1.3 juta kenderaan baharu telah terjual di pasaran Russia.
Bulan lalu sahaja, Honda sekadar menjual 79 unit kenderaan, jatuh 50 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu dengan bergantung kepada dua model sahaja, CR-V dan Pilot.
Pun begitu, Honda tidak bercadang untuk keluar secara terus daripada pasaran Russia memandangkan mereka masih lagi menjual produk motosikal dan kelengkapan kuasa di sana.
Sumber: Reuters