Kelibat Ferrari Purosangue dikesan diuji atas jalan raya

oleh Mohamad Hanif|
Tanpa SUV, kebanyakan pengeluar automotif mungkin sekali tidak akan mampu bertahan dengan hanya sekadar menjual kereta sedan (dan hatchback).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lihat sahaja Lamborghini semenjak pengenalan SUV terpantas mereka, Lamborghini Urus kini menjadi antara model yang paling laris terjual, dan apabila laris terjual, ia memberikan lebih banyak duit kepada Lamborghini untuk membangunkan model-model yang lebih pantas.

Mungkin Ferrari agak terlambat dalam memperkenalkan model SUV mereka sendiri, namun mereka kini sedang sibuk memfokuskan kepada pembangunan Purosangue.

 


Kelibat model ujian tersebut dikesan sedang diuji di atas jalan raya oleh saluran YouTube Varryx, memperlihatkan bentuk sebenar yang kini menghampiri ke arah sebuah SUV sebenar.

Tidak banyak informasi yang boleh didapati namun Ferrari Purosangue ini bakal muncul pada tahun hadapan sebagai model tahun 2022.

Berita Berkenaan

Berita Global
Mereka juga mendakwa beg udara gagal berfungsi dan pintu kenderaan tidak terbuka selepas kemalangan…
Berita Domestik
Kali ini giliran Perodua dan Honda pula untuk berpeluh di dahi kerana Careta mendapat tahu bahawa…
Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…