Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, berkata akibat pelanggaran itu, kereta peronda berkenaan terbabas dan melanggar tiang di tengah pembahagi jalan.
"Kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan, dengan pemandu dan kru kereta peronda polis mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat.
Laporan Berita Harian