Lamborghini Urus Performante kini bertugas di Dubai Police

oleh Mohamad Hanif|
Penghujung tahun 2023, Automobili Lamborghini telah menyerahkan sebuah Urus Performante kepada pasukan Polis Itali, di mana model tersebut akan dikhususkan untuk perkhidmatan istimewa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti contoh, penghantaran organ penting untuk tujuan perubatan.

Selain daripada Itali, sebuah lagi pasukan polis kini telah pun menerima kehadiran Urus Performante, iaitu Dubai Police.
 

Urus


Menurut pemangku ketua komander Dubai Police, Mejar Jeneral Ahmed Mohammed bin Thani berkata, "Urus Performante ini akan membantu Dubai Police dalam komitmen mereka untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk, pengekalkan keselamatan serta perkhidmatan di destinasi tumpuan pelancong.

Selain daripada liveri wajib polis berwarna hijau, Urus Performante ini turut dilengkapi dengan bar lampu mata arah pada atas papan pemuka serta sistem siren.
 

Urus


Sementara ruang kabin pula dilengkapi dengan skrin paparan mesej khas, kotak simpanan senjata, serta kelengkapan bantuan pertolongan cemas.

Crossover ini sudah ternyata ampuh dari kilang, jadi tiada keperluan bagi Dubai Police untuk menala kembali enjin bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar yang mampu menghasilkan 675 hp dan 850 Nm itu.

Dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.3 saat dan kelajuan maksimum 306 km/j, geng penjenayah sudah pasti perlu berfikir dua tiga kali sekiranya mahu melarikan diri dalam kereta cabuk.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kerjasama di antara Automobili Lamborghini dan Polis Itali bermula sejak 2004 dan Urus…
Berita Global
Namun, disebabkan statusnya sebagai sebuah jentera yang tidak halal digunakan atas jalan raya,…
Berita Global
Untuk model Performante terbaharu ini, Lamborghini telah menala kembali enjin 4.0 liter bentangan…