Hyundai, SP Group jalin kerjasama teroka perniagaan EV di Singapura, Asia Tenggara

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar automotif Korea Selatan Hyundai Motor Co. dalam satu kenyataan menjelaskan mereka bakal bekerjasama dengan entiti utiliti nasional Singapura SP Group untuk mempromosikan kenderaan elektrik, di samping mewujudkan infrastuktur pengecasan di negara Asia Tenggara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Bernama, Hyundai Motor telah menandatangani perjanjian kerjasama perniagaan dengan SP Group untuk menyalurkan kenderaan elektrik untuk pasaran Singapura.

Selain daripada itu, Hyundai juga sedang mencari peluang perniagaan platform 'battery-as-a-service' (Baas) di negara-negara Asia Tenggara.

Baas merupakan satu model perniagaan yang memfokuskan kepada perkhidmatan penyewaan dan penggantian bateri EV.

Menurut Ketua Eksekutif SP Group Stanley Huang berkata, "adalah penting untuk Singapura untuk menghasilkan persekitaran di mana para pelanggan mampu membeli EV pada harga yang munasabah, selain mendapat akses yang mudah kepada stesen pengecasan.

SP Group selaku penyedia tenaga elektrik dan gas terbesar di Singapura bercadang untuk membina 1,000 unit stesen pengecasan kereta elektrik menjelang akhir tahun ini.

Ini adalah sejajar dengan usaha Singapura untuk menggantikan kebanyakan model kenderaan kepada kenderaan mesra alam menjelang tahun 2040.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia termasuklah dari apa yang kita lakukan di atas jalan raya, di mana kita perlu berkongsi antara…
Berita Global
Kamera lampu merah yang ditempatkan di simpang jalan raya terpilih akan digunakan untuk mengesan…
Informasi
  Dalam satu kenyataan, ICA berkata pengembara juga memerlukan pasport mereka untuk pengesahan…