Polis Singapura bagi hadiah pada pengguna jalan raya yang tertib!

oleh Firdaus Razani|
Mungkin mematuhi sesuatu undang-undang kita tidak pernah mengharapkan ganjaran kerana ia adalah sesuatu perkara yang telah ditetapkan untuk kebaikan setiap individu.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Ia termasuklah dari apa yang kita lakukan di atas jalan raya, di mana kita perlu berkongsi antara pengguna lain agar sesuatu perjalanan kita lebih lancar.

Namun apa yang terjadi di Singapura adalah pengguna jalan raya yang berkelakuan baik akan diberi hadiah penghargaan oleh Polis Trafik Singapura.

Menurut seorang pengguna yang berkongsi pengalaman beliau ketika ditahan polis trafik ketika dalam perjalanan pulang di Lebuhraya Pan-Island pada 1 April lalu.

 

sg

 

Shaiful Amjad Basri berkata, "Saya fikir ia hanya pemeriksaan mengejut. Saya tahu saya tidak melakukan sebarang kesalahan undang-undang,”

Pegawai itu mengarahkannya ke tempat letak kereta di Eunos, di mana dia memujinya kerana memakai peralatan keselamatan dan menyerahkan sedikit cenderahati kepadanya.

Menurut Shaiful, ia merupakan kali ketiga dia mendapat ganjaran yang sama, pada tahun sebelum ini, dia mendapat ganjaran itu pada 2019 dan 2020.

Dia adalah antara tiga pengguna yang mana tabiat memandu dan menunggang sangat baik dan diberi ganjaran oleh polis trafik di sekitar Singapura pada 1 April ketika kempen “Reward the Sensible Motorists” dimulakan.

Kempen yang berlangsung sehingga 30 September itu dilancarkan oleh polis trafik dan Majlis Keselamatan Jalan Raya Singapura (SRSC) untuk menggalakkan pemandu untuk mengamalkan tabiat memandu dan menunggang yang baik.

Memperluaskan kempen kepada semua pemandu memberi isyarat bahawa kedua-dua penunggang motosikal dan pemandu memainkan peranan penting dalam memastikan jalan raya selamat untuk semua dengan mengamalkan tabiat memandu dan menunggang yang baik.

Semasa kempen, pengguna yang menunggang atau memandu dengan selamat dan bertanggungjawab, seperti memberi isyarat sebelum menukar lorong dan memberi laluan kepada pemandu dan pejalan kaki lain, akan diberi ganjaran jika dikesan oleh pegawai polis trafik.

Mereka akan menerima beg cenderamata dengan barang koleksi istimewa dan dipaparkan pada halaman Facebook “Use Your RoadSense” TP.

 

 

Laporan lanjut di The Straits Times Singapore

Berita Berkenaan

Berita Global
Perkara itu adalah seperti yang diumumkan di Jawatankuasa Bekalan Kementerian Pengangkutan 2021.…
Berita Domestik
Kebakaran menyebabkan bahagian pemandu dan tempat duduk penumpang hadapan serta bahagian enjin…
Berita Global
Hab baharu itu akan menjadi sebuah kemudahan pengecasan pantas awam terbesar di Asia Tenggara, kata…