Model ini hadir dalam warna MINI Yours Enigmatic Black dengan kemasan Energetic Yellow pada bilah hadapan dan cermin sisi dan warna hitam pada bumbung panoramik. Sebagai alternatif, ia juga boleh didapati dalam warna White Silver.
Ruang dalaman kabin pula menampilkan upholsteri kulit MINI Yours Walknappa Leather dan tempat duduk berwarna hitam.
Kelengkapan standard terdiri daripada penyaman udara automatik dua zon, pencahayaan ambien iluminasi 12 warna, sistem navigasi 8.8 inci dengan aplikasi MINI Connected yang lengkap, sistem audio berjenama Harman Kardon dengan 12 pembesar suara dan pengecas tanpa wayar.
Seperti Cooper SE, MINI Electrik edisi pertama ini dikuasakan oleh motor elektrik yang menjana 184 hp (135 kW) dan daya kilas sebanyak 270 Nm. Ia dikatakan menggunakan 16.8 – 14.8 kWj bagi setiap jarak perjalanan berjumlah 100 km.
Dari segi prestasi, model ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 7.3 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 150 km/j. Jarak pemanduan yang ditawarkan adalah sejauh 234 km mengikut kitaran WLTP atau 270 km mengikut NEDC.
Ia turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 28.9 kWh, jentera ini boleh dicas dari kapasiti sifar sehingga 80 peratus dalam 36 minit melalui stesen pengecasan DC, dua jam setengah melalui MINI Wallbox Plus atau 12 jam dengan menggunakan kabel pengecasan kontingensi berwarna kuning yang didatangkan bersama kenderaan tersebut.