MINI COUNTRYMAN EDISI KHAS TERAKHIR DI MALAYSIA - TERHAD 168 UNIT, DARI RM253,833

oleh Firdaus Razani|
Jenama automotif premium kompak di Malaysia, MINI memperkenalkan edisi terhad MINI Countryman Trim John Cooper Works (JCW) dengan penambahbaikan reka bentuk luaran dan dalaman yang gah serta menarik perhatian ramai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sejak diperkenalkan buat pertama kalinya di Malaysia pada 2011, MINI Countryman telah mendapat sambutan luar biasa terutamanya apabila pemasangan tempatan model tersebut bermula pada 2013 di Kulim.

mini

MINI Countryman, kenderaan aktiviti sukan (SAV) yang diminati ramai, bakal memikat hati rakyat Malaysia buat kali terakhir dengan persembahan tawaran akhirnya dalam Trim JCW.

MINI Countryman edisi terhad itu hadir dengan kit aerodinamik JCW yang menampilkan elemen reka bentuk berkuasa terdiri daripada apron hadapan dengan built-in air duct dan bampar belakang dengan diffuser.

mini

Kit tersebut juga menyerlahkan penampilan MINI Countryman dengan kemasan pada pintu MINI JCW, spoiler belakang yang sporty dan JCW Circuit Spoke Wheels bersaiz 19-inci.

Dari rangkaian kuasa, ia mengekalkan enjin berkuasa MINI TwinPower Turbo 2 liter yang menghasilkan kuasa sehingga 192 hp dan tork 280 Nm.

Ia turut mampu memecut 0-100kmj hanya dalam 7.5 saat dan mencapai kelajuan tertinggi sehingga 226 kmj.

 

mini

 

Ia dipadankan dengan transmisi automatik sport Dwi Klac 7-Kelajuan, yang mampu menukar gear dengan sangat pantas dalam mod pemanduan SPORT.

Untuk rekaan dalaman, MINI Countryman JCW diserlahkan dengan pelindung matahari antrasit, lampu kubah, serta pillar antrasit yang merentangi bahagian hadapan hingga belakang kenderaan.

MINI Countryman JCW ditawarkan dalam empat warna, iaitu British Racing Green, Chilli Red, Nanuq White dan Sage Green.

mini

Kesemuanya dalam kuantiti terhad untuk memberikan pengalaman pemilikan yang benar-benar eksklusif.

Bagi peminat MINI yang menggemari gaya serta penampilan MINI Countryman klasik, varian standard masih tersedia untuk tempahan, dan ia mengekalkan enjin MINI TwinPower Turbo.

Ia turut dilengkapi dengan reka bentuk bampar hadapan dan saluran pengudaraan yang dramatik, hingga ke lampu utama LED automatik yang tersendiri serta kemasan Piano Black Exterior Optic.

mini

MINI Countryman JCW Trim turut dilindungi oleh program Roadside Assistance selama lima tahun yang ditawarkan oleh MINI Malaysia.

Pemilikan MINI Countryman JCW Trim bakal mendapat tawaran kadar faedah istimewa 0 peratus yang tersedia untuk masa terhad sahaja melalui Straight Line Financing oleh BMW Group Financial Services Malaysia.

Sebagai alternatif, MINI Countryman JCW Trim turut boleh dimiliki dengan Easy Drive Financing, bermula daripada RM 2,329.00 (berdasarkan anggaran pinjaman 75 peratus, perbatuan 100,000 km untuk tempoh tujuh tahun).

Harga jualan yang disyorkan bagi MINI Countryman Trim JCW termasuk SST (sedia digunakan, tanpa insurans) adalah:

MINI Countryman - RM 250,388

MINI Countryman dengan Trim JCW - RM 253,833

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelanggan yang membuat pembelian jentera MINI baharu akan dapat menikmati kadar faedah serendah 0.…
Kereta
Ruang ekzos digunakan untuk mengisi bateri 32.6 kWh dan kerana Mini ialah sebuah kenderaan yang…
Model Terbaharu
Membezakannya dari MINI Eletric biasa, Resolute Edition menampilkan lingkaran lampu hadapan, gril…