Lebih mirip kepada model GTV dahulu, Sei Giorni ini mudah dikenali kerana lampu utamanya yang dipasang pada “mudguard” roda hadapan.
Nama Sei Giorni ini diambil bersempena kemenangan Vespa dalam perlumbaan lasak jarak jauh Sei Giorni Internaziole pada tahun 1951.
Sepuluh Vespa menyertai perlumbaan enam hari tu dan Vespa memenangi pingat emas dalam sembilan kategori, walaupun ada banyak motosikal-motosikal yang lebih besar dan berkuasa yang turut berlumba.
Model Sei Giorni yang dilancarkan ini datang dengan enjin 300 HPE (High Performance Engine) sejukan cecair yang memberikan 23.8hp dan 26Nm, 12 dan 18 peratus lebih berkuasa dari enjin lama.
Selain dari lampu hadapan mentol halogen yang unik dan klasik itu, Sei Giorni juga mempunyai fairing atas berwarna tembaga, menaikkan lagi seri panel meter skuter retro ini.
Alatan standard termasuk port USB, lampu belakang LED sepenuhnya dan sistem ABS untuk kedua-dua roda.
Selain dari itu, ia mempunyai tangki bahan api sebesar 8.5 liter serta roda aloi 12-inci dengan tayar tanpa tiub.
Seperti Vespa-Vespa lain, Sei Giorni menggunakan kerangka aluminium aloi untuk memastikan pengendalian yang lebih tegap dan sporti.
Harga jualan untuk skuter klasik ini ialah RM34,500.
Untuk pasaran Malaysia, Didi Resources, pengedar rasmi Vespa turut memberikan cermin hadapan (windscreen), kotak kargo 36-liter dan pendakap kotak tersebut secara percuma.