VESPA PRIMAVERA EDISI DISNEY MICKEY MOUSE DI MALAYSIA - HARGA BERMULA RM22,900

oleh Penyumbang Rencana 2|
PENGEDAR rasmi Vespa di Malaysia, Didi Group baru-baru ini melancarkan model kolaborasi eksklusif edisi terhad Vespa X Disney untuk pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Projek kolaborasi eksklusif Vespa kali ini adalah sempena menyambut ulang tahun Disney yang ke-100 tahun.

Model skuter yang digunakan untuk kolaborasi kali ini adalah Vespa Primavera 150cc dan ia menampilkan karakter ikonik Disney iaitu Mickey Mouse.

 

VESPA

 

Untuk Vespa Primavera edisi Disney Mickey Mouse ini, ia hadir dengan warna istimewa yang diinspirasikan dari watak Mickey Mouse itu sendiri iaitu hitam, merah, kuning dan putih.

Yang menariknya, cermin sisi tepi berwarna hitam tersebut berbentuk bulat seakan bentuk telinga Mickey Mouse dan roda berwarna kuning menunjukkan seperti kasut berwarna kuning yang dipakai oleh Mickey Mouse.

 

VESPA

 

Manakala di beberapa panel seperti di kedua-dua sebelah sisi serta hadapan terdapat grafik corak Mickey Mouse yang menjadikan model ini menarik dan eksklusif.

Terdapat juga tandatangan Mickey Mouse di bahagian panel hadapan serta dibahagian tempat duduk penunggang.

Untuk Vespa eksklusif ini, ia dijual pada harga RM22,900 dan ia turut didatangkan sekali helmet khas bersempena edisi ini yang boleh diseragamkan sewaktu menunggang model Vespa ini.

 

VESPA

 

PENULIS : FIRDAUS RAZANI

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MotoPlex Sungai Buloh diuruskan oleh Welly Sungai Buloh Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh…
Model Terbaharu
Pengenalan edisi khas khas Vespa 946 10° Anniversario itu bersempena dengan sambutan tahun baru…
Gaya Hidup
Cawangan di Johor Bahru itu merupakan MotoPlex kedua yang diuruskan oleh Goh Brothers Motorcycles…