Menurut laporan daripada Motor1.com, lelaki tersebut dikatakan berjaya mendapatkan wang bantuan stimulus COVID-19 bernilai $1.6 juta (RM6.76 juta) di bawah program Paycheck Protection Program (PPP).
Disebabkan nafsu yang menguasai diri, beliau kemudian membeli sebuah Lamborghini Urus (bernilai $222 ribu - RM938 ribu), dan selebihnya digunakan untuk membeli sebuah trak Ford F-350 dan seutas jam tangan Rolex.
Tidak cukup dengan itu, lelaki itu juga dikatakan menghabiskan ribuan dollar yang diterima di kelab-kelab malam, serta pembelian barangan peribadi yang serba mewah.
Menurut laporan, lelaki tersebut menghadapi beberapa tuduhan termasuklah membuat kenyataan palsu kepada institusi perbankan, serta terlibat di dalam melakukan transaksi diluar batasan undang-undang.
Sumber: The United States Department of Justice melalui Motor1.com