Kerajaan Selangor tawar Program Bikecare-1000 untuk pekerja sektor GIG

oleh Penyumbang Rencana|
Bagi membantu pekerja sektor GIG, baru-baru ini Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) di bawah Kerajaan Negeri Selangor telah menawarkan Program BikeCare-1000.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Program BikeCare-1000 ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu para pekerja gig p-hailing dengan menyediakan bantuan berbentuk bayaran pendahuluan bagi pekerja yang mahu membeli motosikal baru.

Program ini bertujuan untuk membantu dan meringankan beban kewangan pekerja yang telah atau ingin menceburi sektor gig ekonomi. Bagi pekerja yang berminat untuk memohon bantuan itu, mereka boleh menyemak terma dan syarat bagi permohonan tersebut.
 

Bikecare 1000


Borang permohonan boleh dihantar ke pejabat UPPS di pintu masuk timur IDCC Shah Alam beserta dokumen lengkap yang diperlukan.

Tarikh bagi permohonan dibuka pada 25 November hingga 7 Disember 2022. Sebarang pertanyaan berkenaan bantuan ini, anda boleh hubungi Puan Fatin Shafira di talian 016-959 8320.

 

Penulis: Ahmad Danial Yasin 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mohd Khairuddin Othman berkata, borang permohonan akan diedarkan ke setiap pejabat Dewan Undangan…