Runsing rumah bakal dirobohkan punca pandu bas masuk ke empangan

oleh HEZERI SAMSURI|
Tragedi bas yang membawa pelajar kolej terjunam ke dalam empangan di China tempoh hari disyakki adalah disebabkan oleh pemandunya yang mabuk dan mengalami kemurungan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut agensi berita Xinhua, pemandu bas tersebut, Zhang, dikatakan runsing kerana rumahnya bakal dirobohkan. Polis mendapati Zhang, 52, mengambil alkohol ketika mengambil dan menurunkan penumpang bas yang dipandunya itu.

Ketika beliau menghampiri empangan tersebut, Zhang menunggu sehingga tidak ada kenderaan di sekitarnya dan kemudian memecut laju melintasi lima lorong sebelum melanggar pembahagi jalan dan masuk ke dalam empangan.

Seramai 21 orang terbunuh dan 15 cedera dalam insiden 7 Julai itu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kumpulan perdagangan terkemuka berkata ini benar terutamanya di tengah-tengah ketegangan…
Berita Global
Kejadian berlaku kira-kira 2.10 pagi di sebahagian Lebuhraya Meizhou-Dabu di Meizhou. Kawasan…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…