Jumaat lalu, Menteri Penerbangan Pakistan, Ghulan Sarwar Khan meminta 262 orang juruterbang dari pelbagai syarikat penerbangan, kelab penerbangan dan syarikat sewa kapal terbang di Pakistan diharamkan dari melakukan sebarang penerbangan sehingga kes siasatan ke atas kelulusan mereka selesai.
Akibat dari itu, syarikat penerbangan nasional Pakistan, PIA telah menggantung 141 orang juruterbang dari melakukan sebarang penerbangan sehingga kes itu selesai.
PIA juga menghantar surat rasmi ke semua konsulat Pakistan di seluruh dunia untuk meminta kerajaan negara-negara luar agar jangan runsing kerana syarikat itu telah "membekukan" juruterbang-juruterbang dengan lesen yang mencurigakan.
PIA beroperasi di pelbagai destinasi dunia termasuk ke US, Britain dan Eropah.
Surat yang ditanda-tangani oleh Ketua Eksekutif PIA, Arshad Malik berjanji hanya juruterbang dengan lesen yang disahkan oleh kerajaan Pakistan sahaja yang dibenarkan untuk terbang sekarang.
* Laporan berdasarkan artikel dari Malay Mail