Beliau berkata, kumpulan itu akan diberi keutamaan dalam peringkat awal pengumuman dan penyelesaian rentas sempadan dua negara itu dalam masa terdekat.
"Bagaimana pun untuk kategori ketiga dan empat, ia membabitkan jumlah di antara 200,000 hingga 250,000 orang iaitu mereka yang bekerja secara harian.
"Perkara yang perlu difikirkan adalah kemampuan untuk membuat saringan kerana ia sudah pasti memerlukan masa yang agak panjang," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Kit COVID-19 di Dewan Semarak, Felda Kahang Timur, Kluang hari ini.
Hishamuddin berkata, jika pelaksanaan pembukaan sempadan bagi tiga kategori itu berjalan lancar, kategori keempat membabitkan pembukaan sepenuhnya sempadan juga tidak akan menghadapi masalah.
Dalam pada itu, Hishamuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong, akan menghubungi rakan sejawat, He Vivian Balakrishnan, esok bagi perkembangan lanjut pembukaan sempadan bagi kedua-dua kategori itu.
"Semua keputusan juga bergantung kepada persetujuan pelbagai pihak termasuk kementerian kesihatan kedua-dua negara,"katanya.