Bagi tuduhan pertama, dia didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang boleh didenda minimum RM1,000 dan maksimum RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.
Untuk kesalahan ini, dia dikenakan denda sebanyak RM5,500.
Bagi kesalahan kedua yang menyebabkan kemalangan, hukuman bagi Rule 6 LN 166/59, denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan. Dia dikenakan denda sebanyak RM700 untuk kesalahan ini.
Pada 12 Jun lalu pada jam 10.45 malam, tertuduh memandu kereta jenis Honda City terbabit kemalangan berhampiran lampu isyarat di Dataran Segar, Lukut selepas menghimpit sebuah kereta jenis yang sama, Honda City yang dipandu seorang lelaki berusia 53 tahun berasal dari daerah ini.
Ketika ditahan, ujian menunjukkan bacaan 124 mg alkohol dalam 100 ml darah yang mana melebihi had telah di tetapkan 80 mg alkohol/100 mililiter darah.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi.
Tertuduh kemudiannya dibebaskan selepas membayar denda RM6,200 untuk dua kesalahan itu.
sumber: BH