“Kita akan melihat keberkesanan ke atas semua langkah intervensi yang dijalankan bukan sahaja oleh pihak kementerian tetapi semua pemegang taruh bagi menangani isu memandu di bawah pengaruh bahan terlarang memandangkan pindaan Rang Undang-Undang 333 telah dikuatkuasakan hampir setahun lalu.
“Kajian juga akan mengesyorkan lain-lain langkah intervensi dan kaedah yang boleh dilaksanakan bagi menangani isu pemandu mabuk di masa depan,” katanya ketika sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam.
Mengikut Seksyen 45A (1), pindaan baharu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000, dipenjarakan sehingga dua tahun serta hilang kelayakan lesen selama dua tahun atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.