Mengikut pertuduhan, Mohd Nurhakimi didakwa memandu kereta jenis Perodua Myvi di mana kadar alkohol dalam darah di dalam badan iaitu 129 miligram (mg) dalam 100 mililiter (ml) darah iaitu lebihan 49 mg berbanding had dibenarkan 80 mg alkohol dalam 100 ml darah di KM 24 Jalan Johor Bahru- Air Hitam arah Air Hitam/Kulai di antara 1 pagi hingga 4 pagi, 13 Oktober 2019.
Anand Raj pula didakwa menunggang motosikal jenis SYM Bonus SR di mana kadar alkohol dalam darah sebanyak 124 miligram (mg) alkohol dalam 100 mililiter (ml) darah iaitu lebihan 44 mg berbanding had dibenarkan 80 mg alkohol dalam 100 ml darah di Persiaran Indahpura 2, Indahpura, di sini, jam 10.45 malam, 30 Mei lalu.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih daripada RM6,000 dan boleh dipenjara selama tempoh 12 bulan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM4,300 terhadap Anand dan akan dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda, manakala, Mohd Nurhakimi pula didenda RM4,500 atau dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Sabiq Mohd Subri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
sumber: BH