Memandu di bawah pengaruh alkohol - warga China tak mengaku bersalah

oleh Mohamad Hanif|
Seorang wanita warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal maut di Jalan Datuk Keramat, Jumaat lalu.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Liu Shasha, 24, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Rosnee Mohd Radzuan.

Mengikut pertuduhan, Liu didakwa memandu kereta di bawah pengaruh alkohol atau dadah yang menyebabkan dia tidak berdaya mengawal kenderaan sehingga membawa kepada kematian seorang penunggang motosikal di Jalan Datuk Keramat.

Kesalahan didakwa dilakukan di Jalan Datuk Keramat kira-kira jam 6.25 pagi pada 25 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 8 November ini sebagai sebutan semula kes bagi tujuan pengesahan ketulenan pasportnya daripada Jabatan Imigresen Malaysia.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabila Huda Muhammad Nazim manakala tertuduh diwakili peguam A Ashok.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Domestik
"Akibat daripada pelanggaran tersebut telah menyebabkan kuali yang dipenuhi minyak panas telah…
Berita Domestik
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat…