"Ketika sampai di lokasi kejadian berhampiran lampu isyarat di Dataran Segar, Lukut, suspek dipercayai menghimpit sebuah kereta jenis sama yang dipandu seorang lelaki berusia 53 tahun.
"Dalam kemalangan jam 10.45 malam itu kedua-dua pemandu tidak cedera tetapi suspek yang bekerja sebagai pemandu lori dipercayai mabuk," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ujian pernafasan mendapati kandungan alkohol suspek adalah 124 mg alkohol/100 ml darah.
"Suspek ditahan atas kesalahan memandu bawah pengaruh alkohol dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.