Models |
Harga Termasuk Cukai Jualan |
Harga Tanpa Cukai Jualan |
Perbezaan Harga |
Polo |
RM74,990 |
RM74,060 |
RM930 |
Polo JOIN |
RM81,990 |
RM81,060 |
RM930 |
Vento Comfortline |
RM84,690 |
RM83,709 |
RM981 |
Vento Comfortline JOIN |
RM91,690 |
RM90,709 |
RM981 |
Vento Highline |
RM91,490 |
RM89,077 |
RM2,413 |
Vento Highline JOIN |
RM98,490 |
RM96,077 |
RM2,413 |
Tiguan Highline |
RM165,990 |
RM162,108 |
RM3,882 |
Tiguan Highline JOIN |
RM175,990 |
RM172,108 |
RM3,882 |
Passat Elegance |
RM187,990 |
RM181,856 |
RM6,134 |
Golf R-Line |
RM173,390 |
RM168,505 |
RM4,885 |
Golf GTI |
RM246,490 |
RM238,857 |
RM7,633 |
Golf R |
RM304,390 |
RM294,905 |
RM9,485 |
Beetle Sport |
RM152,390 |
RM152,390 |
- |
Di Malaysia, kebanyakan model Volkswagen adalah model pemasangan tempatan (CKD), ini merangkumi model Polo, Vento, Tiguan dan Passat dan kesemuanya mendapat potongan cukai jualan 100 peratus.
Untuk model Golf pula, ia merupakan model yang diimport sepenuhnya (CBU) dan pengurangan cukai jualan adalah 50 peratus sahaja.
Pengarah Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata beliau mengalu-alukan pengecualian cukai penjualan ini kerana ia bermanfaat kepada pembeli.
“Kami sentiasa berusaha menjadikan kejuruteraan Jerman mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia. Berita baik dengan potongan cukai jualan ini akan memberi dorongan yang sangat diperlukan untuk sektor automotif yang tidak aktif semasa Perintah Kawalan Pergerakan."
Promosi VPCM terkini adalah ansuran percuma selama enam bulan untuk semua varian Tiguan yang ditempah dan didaftarkan sehingga 30 Jun ini.
VPCM juga turut menawarkan tempahan menerusi Volkswagen eShowroom, di mana anda akan menikmati rebat tunai sehingga RM4,000 dan khidmat penghantaran istimewa dengan penggunaan sebuah trak flatbed tunggal terus ke rumah anda secara percuma untuk lokasi dalam radius 20 km dari pusat pengedar.