Euro 7: Volkswagen gugur model Golf bertransmisi manual, termasuk Golf GTI

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2024 bakal menyaksikan penguguran model Golf bertransmisi manual, termasuklah model hot hatch Golf GTI.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Ini bermakna, Golf 2024 akan menjadi model bertransmisi automatik sahaja sekiranya tiada sebarang pindaan terbaharu dibuat terhadap undang-undang emisi Euro 7 sedia ada.

Bercakap kepada Autocar, ketua unit pembangunan teknikal VW Kai Grünitz menjelaskan, "generasi Golf yang berikutnya tidak lagi akan ditawarkan dengan kotak gear manual.
 

GTI


Mengikut data Volkswagen, model Golf GTI menghasilkan CO2 berjumlah 162g/km, sedikit tinggi berbanding model automatik (160g/km).

Biarpun tidak begitu ketara, namun perbezaan itu boleh memberikan impak yang besar kepada kuota emisi armada pengeluar tersebut.

Dengan pengguguran GTI manual, ia secara tidak langsung meletakkan noktah terakhir kepada sejarah GTI manual sepanjang hampir 50 tahun sejak hot hatch tersebut diperkenalkan pada tahun 1975.
 

GTi


Untuk pembeli biasa, Golf 1.0 TSI manual merupakan varian Golf yang paling murah, berharga £26,565 (RM156,970) selain boleh didapati dalam varian petrol 1.5 liter atau diesel 2.0 liter.

Tidak dapat dipastikan sama ada model-model VW lain turut terkesan dengan keputusan sukar ini.

Buat masa ini, Up, Polo, T-Cross, Taigo, T-Roc dan Arteon merupakan model VW yang masih lagi wujud dalam versi kotak gear manual.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Ucapkan selamat datang kepada Volkswagen ID.7 Tourer 2024, sebuah wagon berkuasa elektrik yang…
Berita Global
Mahindra akan menggunakan komponen-komponen yang dibekalkan oleh Volkswagen untuk model kenderaan…
Berita Global
Ini bermakna, Toyota masih lagi kekal sebagai pengeluar automotif terbesar di dunia untuk tahun…