Tertuduh ialah Ng Wei Kean, 28 ; Ong Hup Heng ,58 ; Lim Wang Sin ,36 ; Ooi Choo Ching ,38 ; Tan Wah On ,38; Tan Peng Koon ,50; Mak Wai Ming , 57 dan M Segaran, 51.
Jika gagal membayar denda mereka akan dipenjara empat hingga lima minggu.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Kuchai Lama, Jalan Kepong, Jalan Kerinchi Link dan Jalan Duta Kiara di sini antara 10.15 malam dan 12.11 tengah malam, pada 10 dan 11 Jun 2020.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM6,000 dan boleh dipenjarakan sehingga 12 bulan serta lesen percubaan dibatalkan.
Pegawai Pendakwa, Inspektor Abdullah Khazali memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran manakala kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum atas alasan mereka menanggung keluarga serta telah insaf.
– BERNAMA