Menurut peguam, kos yang terpaksa ditanggung oleh Ford mampu mencecah sehingga $500 juta untuk membeli semula kenderaan yang bermasalah daripada pemilik asal.
Namun, berdasarkan laporan terkini daripada The Drive mendapati Ford kini menghadapi satu lagi kes tuntutan baharu, kali ini melibatkan para pemilik Ford Mustang (2011-2020) yang dilengkapi transmisi manual enam nisbah kelajuan kod MT82 dan MT82-D4 (bukan jenis durian).
Menurut tuntutan tersebut, dua unit transmisi tersebut didapati menghadapi masalah gelincir, sentakan, kemasukan gear yang agak kasar, mengalami kelusuhan pra-matang dan akhirnya gagal berfungsi.
Malah, isu yang dihadapi didapati berterusan walaupun setelah transmisi tersebut dibaiki dimana rekaan yang tidak elok mampu menyebabkan komponen-komponen transmisi gagal berfungsi dengan baik.
Pihak NHTSA turut menyiasat isu ini semenjak tahun 2011 setelah menerima kira-kira 364 aduan, namun mendapati masalah yang dihadapi oleh transmisi Getrag itu tidak mendatangkan risiko keselamatan kepada pengguna.
Sumber: The Drive