Ini Ford Escort XR3 1981, projek baik pulih Tolman yang teliti

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ford Escort XR3 1981 - Tolman
Ford Escort XR3 1981 - Tolman
Pada 2022 Careta memaparkan tentang Tolman Edition GT, sebuah Peugeot 205 GTI yang dibaik pulih dan diubah suai Tolman dari United Kingdom (UK).

Ini pula projek terbaru Tolman iaitu sebuah Ford Escort XR3 1981 yang dibaik pulih dengan begitu teliti.

Dijual daripada tahun 1980, Escort XR3 merupakan pilihan terkenal kepada Golf GTI.

Escort XR3 mempunyai beberapa kelebihan seperti pecutan 0 sehingga 97 batu sejam lebih pantas dan perkakasan kosmetik yang menaikkan penampilan Mk3 standard.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ford Escort XR3 1981 - Tolman

 

Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut menjadikannya begitu laris.

Pada tahun pertama pengeluaran lebih 11,000 XR3 dijual dan puluhan tahun berlalu tidak sampai 200 unit yang masih berada di jalan raya UK pada hari ini.

Terlibat dalam kemalangan, diubah suai kepada RS Turbo dan berkarat menyumbang kepada status XR3 sebagai kereta langka.

Pemilik XR3 ini pula mahukan hasil kerja bermutu dan meminta Tolman untuk menjadikan kereta milik beliau satu daripada yang terbaik di dunia.

 

Ford Escort XR3 1981 - Tolman

 

Sebelum sampai ke tangan Tolman, kereta ini sebenarnya projek yang tidak disiapkan oleh pembaik pulih lain. Terdapat perkakasan yang hilang dan kerja baik pulih tidak mudah.

Selepas pemeriksaan badan dan lebih 1,000 perkakasan termasuk sejumlah bolt diterima tanpa label, Tolman membuat keputusan untuk menggunakan kaedah penyenaraian OEM.

Tujuannya untuk mengenal pasti perkakasan, menjejaki dan mengawal kerja-kerja baik pulih. Masa yang diperlukan? 18 bulan!

Projek ini dimulakan dengan membaik pulih badan dan Tolman menumpukan perhatian bagi memperbaiki jurang di antara panel dan menjadikannya lebih baik daripada pengeluaran asal.

 

Ford Escort XR3 1981 - Tolman

 

Badan kereta dilayangkan semula mengikut warna asal iaitu Sunburst Red. Bagi mendapatkan perkakasan yang sukar ditemui, Tolman menggunakan platform jual beli.

Satu perkara tentang kereta Ford pada masa itu ialah perubahan spesifkasi mengakibatkan sesetengah perkakasan tidak dapat digunakan walaupun dikeluarkan pada tahun sama.

Nasib menyebelahi Tolman apabila berjaya menemui segulung balutan kerusi stok lama (NOS) di dalam eBay.

Perkakasan lain seperti sebatang aci pacu NOS diperolehi dari Jerman. Sebatang lagi terpaksa direka sendiri. 

 

Ford Escort XR3 1981 - Tolman

 

Tolman juga menggunakan kaedah baharu seperti pembuatan bahan tambahan (additive manufacturing).

Papan pemuka dan beberapa perkakasan direkayasa semula menggunakan bahan dengan gred lebih tinggi seperti lapisan hitam, saluran brek CNC dan ekzos besi tahan karat.

Bagi mengekalkan keaslian, Tolman menggilap kesemua cermin asal dan mengekalkan cermin yang memaparkan nombor pendaftaran. Pelekat Identicar pula dibuat semula.

Menariknya, Tolman menghasilkan empat jenis pelekat di dalam keadaan baharu dan lusuh kerana timbul perdebatan mengenainya.

 

Ford Escort XR3 1981 - Tolman

 

Kerja-kerja baik pulih turut melibatkan pembaikan meter dengan jarum disembur angin (air brush) dan grafik suis pemanas yang sukar untuk dibuat semula oleh pembaik pulih.

Perincian tersebut menaikkan dan menyegarkan bahagian dalam XR3 dan Tolman merancang untuk menjualnya kepada umum. 

Sama seperti projek restomod Tolman Edition lain, rim ikonik Clover Leaf dipasang tayar Michelin Youngtimer 185/60R14.

Satu lagi pemanis ialah penyegar udara Feu Vert NOS era 80-an.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Ford Escort XR3 1981 - Tolman