Menurutnya, tawaran itu membabitkan 16 destinasi menarik di Malaysia iaitu Alor Setar, Langkawi, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Labuan.
"Kami menyambut baik pembukaan semula perjalanan domestik menerusi pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh kerajaan baru-baru ini dengan insentif seperti pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik sehingga Disember 2021," katanya.
Untuk mendapatkan pas berkenaan, pelanggan perlu mengunjungi laman rasmi atau aplikasi mudah alih AirAsia pada bahagian Deals.
Pas berkenaan boleh digunakan tanpa had selama setahun di mana pelanggan hanya perlu membayar cukai dengan tiada sebarang caj dikenakan ke atas harga tiket.
Sebagai contoh, tiket penerbangan ke Langkawi biasanya dikenakan pada harga RM100, iaitu RM80 harga tiket dan RM20 (cukai), dengan menggunakan pas ini, pelanggan hanya perlu membayar RM20 saja.
Sementara itu, bagi mencapai objektif itu, katanya AirAsia berharap untuk bekerjasama dengan semua pihak dalam industri pelancongan daripada pengusaha hotel sehingga ejen pelancongan.
"Bagi AirAsia, pas tanpa had ini adalah tawaran utama kami kepada pelanggan untuk menebus penerbangan tanpa had dalam rangkaian domestik kami ke 16 destinasi.
"Dengan melakukan perjalanan domestik, kita bukan saja dapat menyokong masyarakat setempat, malah menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Ketika melakukan perjalanan, kami meminta kerjasama penumpang untuk mengamalkan kebersihan diri yang tinggi dan memakai pelitup muka," katanya.
Menurutnya, penerbangan yang ditebus dengan pas tanpa had itu tertakluk kepada cukai dan yuran kerajaan, perkhidmatan tambahan dan caj-caj lain yang berkenaan manakala tempahan penerbangan mestilah dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum waktu perlepasan serta terdapat tempoh embargo dan terma dan syarat lain yang dikenakan.