“Mereka buat keputusan sendiri tanpa rujuk kepada kerajaan adalah tindakan salah.
“Bukan atas kebenaran kita, bukan kebenaran mesyuarat menteri atau Majlis Keselamatan Negara. Tak ada keputusan kita buat (mengenai itu),” katanya dalam taklimat harian di sini hari ini.
Terdahulu, RapidKL dilaporkan berkata, operasi kereta apinya akan kembali kepada normal mulai esok, dengan penumpang tidak lagi perlu mematuhi peraturan penjarakan sosial.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Abdul Hadi Amran berkata langkah itu sejajar prosedur operasi standard Kementerian Pengangkutan bagi tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), yang membenarkan kapasiti 100% bagi semua perkhidmatan rel, kecuali Perkhidmatan Keretapi Elektrik KTM (ETS) dan KTM Antarabandar.
Ismail berkata, beliau memahami peraturan jarak sosial bermakna jumlah penumpang perlu dikurangkan dan kos operasi meningkat.
“Tetapi jangan putuskan perkara sedemikian sendiri. Ia adalah salah.”
Sumber: Free Malaysia Today