Dalam satu emel, jenama mewah tersebut kini sedang mengkaji semula barisan pengurusan sedia ada namun menolak untuk memberikan komen berkenaan nasib Palmer pada ketika ini.
Tambah laporan daripada Financial Times, tindakan Palmer meninggalkan jawatan tersebut adalah sebahagian daripada penstrukturan semula pengurusan tertinggi, di mana pengumuman rasmi hanya akan dibuat menjelang hari Selasa.
Palmer juga tidak dihubungi berkenaan pengumuman yang akan dibuat.
Jenama mewah British berusia 107 tahun yang sinonim dengan kereta James Bond itu mengalami defisit jualan semenjak Oktober 2018, malah kesan tersebut lebih ketara bila mana wabak COVID-19 melanda dunia.
Disebabkan pasaran SUV lebih menguntungkan pada ketika ini, Aston Martin juga kini sedang memfokuskan usaha terhadap model SUV Aston Martin DBX.
Pandemik coronavirus dan penutupan operasi jelas dan nyata menyebabkan permintaan terhadap kenderaan menurun dan memaksa kilang untuk menghentikan operasi di seluruh dunia.
Awal Mei lalu, Palmer memberitahu Reuters, "kami (Aston Martin) terkesan dengan COVID-19 bermula dari China pada Januari, namun impak yang lebih besar mula dirasai apabila wabak tersebut melanda Eropah dan Amerika Syarikat."
Sumber: Reuters