Menurut laporan daripada Automotive News, arahan tersebut mungkin akan disambung untuk tahun 2021 bergantung kepada keadaan semasa.
Premis HQ yang terletak di Atlanta telah pun kosong daripada kunjungan pekeja semenjak perintah kawalan pergerakan dilaksanakan bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Ia telah siap dibina pada tahun 2018 dan bangunan kaca berkeluasan sehingga 1,858 meter persegi dibangunkan di atas tanah seluas 48,562 meter persegi dan mengambil masa kira-kira 425,000 jam untuk disiapkan.
Bercakap kepada Automotive News, CEO Mercedes-Benz USA Nicholas Speeks berkata, "kami masih perlu untuk melakukan beberapa mesyuarat fizikal pasca COVID-19, dan membenarkan beberapa pekerja untuk hadir ke pejabat.
Ibu pejabat Mercedes-Benz Amerika Syarikat pada ketika ini mengendalikan urusan penjualan dan pemasaran, pentadbiran, perancangan serta pengedaran produk di negara tersebut.
Kesan pandemik COVID-19 yang semakin buruk memaksa beberapa syarikat automotif mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan operasi tetap berjalan lancar dan kebajikan pelanggan di dalam kecemasan kekal terjaga.
Sumber: Automotive News