Tak tahan bunyi bising, jiran guna buih sumbat dalam ekzos Mustang

oleh Mohamad Hanif|
Hidup berjiran, perlulah kita jaga batas-batasnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun adakalanya terpaksa membawa pulang kereta pandu uji (GR Supra seperti contoh) yang memiliki not ekzos yang agak mengganggu ketenteraman, tidak pula kami tergamak untuk menguji tahap kekuatan bunyi ekzos yang terhasil semata-mata untuk kepuasan diri.

 


Di luar negara, seorang pemilik Ford Mustang Aaron Robinson membuat hantaran di Facebook yang memaparkan lubang ekzos kenderaan miliknya telah disumbat dengan buih oleh seorang jiran yang sangat prihatin dengan ketenteraman awam.

Malah, jiran yang 'baik hati' itu turut menyertakan satu surat tulisan tangan yang menyuruh beliau membaiki sistem ekzos Ford Mustang miliknya dalam tempoh 14 hari.

Berdasarkan semakan ringkas, pengguna Facebook tersebut didapati memiliki Ford Mustang GT dengan sistem ekzos aftermarket.
 


Anehnya, secara standard dari kilang Ford telah melengkapkan model Mustang GT dengan sistem ekzos yang datang dengan mod Quiet Exhaust.

Malah, pengguna juga boleh menetapkan masa yang sesuai untuk menggunakan mod mesra jiran tetangga ini pada awal pagi bagi mengelakkan kententeraman awam terganggu akibat not ekzos yang tidak menyenangkan.

 

Berita Berkenaan

Informasi
  "Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap sekumpulan…
Berita Global
Berdasarkan hantaran di laman media sosial Reddit, kisah itu bermula apabila pemilik dengan nama…
Berita Global
Jadi, jika anda memiliki kereta yang bising dan tinggal di bandar New York, anda mungkin bakal…