Setakat semalam, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan 216 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan terhadap 318,082 kenderaan.
“Daripada seribu lebih yang kita anggap tinggi semalam, hari ini 3,200 lebih bermakna yang berminat nak balik kampung ni masih ramai dan cuba nak melepaskan sekatan jalan raya.
“Setakat ini polis tegas dan tidak membenarkan sesiapa pun untuk merentasi negeri untuk balik ke kampung.
"Hanya kes kecemasan sahaja dibenarkan dan mereka perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media harian di sini pada Rabu.