Polis akan periksa nombor pendaftaran kereta hari pertama Aidilfitri

oleh Mohamad Hanif|
Polis Selangor akan memeriksa kenderaan yang diparkir di luar rumah, terutama di kawasan perumahan dan kampung ketika Hari Raya Aidilfitri bagi mengesan mereka yang melakukan perjalanan merentas negeri tanpa kebenaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihak mereka akan memeriksa nombor pendaftaran kenderaan, terutama jika terlalu banyak kereta yang diparkir di luar rumah atau kawasan kediaman.

"Kami akan memeriksa nombor pendaftaran dengan senarai yang kami ada, dan melihat sama ada kenderaan dan pemiliknya itu dibenarkan untuk perjalanan merentas negeri .

"Sekiranya kita tahu ada yang melanggar larangan perjalanan merentas negeri, kami akan menahan pemilik kenderaan tersebut, biasanya ketua keluarga.

Tambah beliau lagi, pihak polis akan mengambil tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Datuk Noor Azam mengulas pengumuman Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkenaan polis dan tentera akan 'mengunjungi' rumah ke rumah semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Selain daripada itu, Polis Selangor juga akan mengadakan sekatan jalan raya di lokasi-lokasi strategik bagi mengesan mereka yang cuba melakukan perjalanan merentas negeri tanpa kebenaran.

Datuk Noor Azam juga turut mengingatkan umat Islam di Selangor supaya membataskan perhimpunan pada hari pertama Aidilfitri tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa.

Sumber: CarSifu

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Hasil siasatan polis mendapati sebuah lori treler membawa muatan besi yang dalam perjalanan dari…
Berita Domestik
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, berkata semakan mendapati…