Kutipan hasil di semua kaunter JPJ dijangka cecah RM5 juta pada hari pertama dibuka kepada orang ramai semalam

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangka dapat mengutip hasil mencecah RM5 juta apabila semua urus niaga kaunter perkhidmatan jabatan itu beroperasi semula selepas ditutup semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas.


Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata jumlah kutipan hasil itu dijangka diperoleh untuk hari Isnin sahaja menerusi operasi kaunter yang bermula 8 pagi sehingga 4 petang di seluruh negara.


"... dan untuk Selangor sahaja, kita jangka akan mengutip hasil sehingga RM1.6 juta (hari pertama), " katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke JPJ Selangor di sini, semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Shaharuddin berkata sebanyak 82 pejabat JPJ telah dibuka di seluruh negara, selain pihaknya turut menggerakkan 17 kenderaan perkhidmatan kaunter JPJ Mobile bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan jabatan berkenaan.

 

Katanya, sebelum ini, JPJ turut membuka kaunter bagi beberapa urus niaga secara berperingkat dengan menumpukan kepada kenderaan perdagangan bagi menyokong pembangunan sektor ekonomi negara.

 

"Kaunter urus niaga melibatkan kenderaan perdagangan dibuka sejak 29 April lepas dan dalam tempoh itu hingga 12 Mei lalu, sebanyak RM83 juta berjaya dikutip daripada operasi kaunter berkenaan," katanya.

 

Sementara itu, Shaharuddin turut mengingatkan pemegang Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) dan Lesen Memandu (LLM) yang tamat tempoh supaya tidak tergesa-gesa hadir ke JPJ untuk memperbaharui lesen kerana mereka dikecualikan daripada memperbaharuinya sejak PKP dilaksanakan.

 

Katanya, orang ramai masih boleh memandu di jalan raya dengan lesen tamat tempoh dengan syarat membawa nota lindung insurans yang masih sah.

 

"Kira-kira 1.8 juta lesen kenderaan bermotor turut dikesan tamat tempoh dari 18 Mac sehingga 30 Mei lepas, manakalabagi lesen memandu pula adalah sebanyak 981,883 bagi tempoh yang sama,“ katanya.

 

 

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Syarikat itu berkata ia adalah sebahagian daripada inisiatif swasta bertujuan meningkatkan nilai…
Berita Domestik
Ia berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan…
Berita Domestik
(Baca disini mengenai IDP tidak boleh digunakan di luar negara) Baru-baru ini, JPJ melalui laman…