Pengumuman merekrut pemandu termuda dalam sejarah 50 tahun Ferrari tersebut dibuat selepas McLaren mengesahkan kemasukan Daniel Ricciardo bagi menggantikan tempat beliau.
Dalam satu kenyataan, Sainz meluahkan rasa teruja beliau dapat menyertai pasukan yang memiliki sejarah penglibatan Formula One yang sangat panjang, namun tetap menegaskan akan tetap fokus bagi pasukan McLaren untuk musim ini.
Nasib Sebastian Vettel masih lagi tidak menentu setelah pemandu pasukan Ferrari itu menolak tawaran McLaren, meninggalkan beliau kepada dua pilihan, iaitu pasukan Mercedes (dengan peluang yang sangat tipis) atau terus bersara.
Ramai beranggapan pemandu Jerman itu akan bertukar tempat duduk dengan Sainz di pasukan masing-masing.
Menurut laporan daripada F1-insider, juara dunia empat kali itu tidak mahu menghabiskan masa terlalu lama dalam membangunkan sebuah jentera yang boleh memenangi perlumbaan, dan berharap pasukan McLaren mampu menguasai perlumbaan pada masa akan datang.
Ini kerana bermula tahun 2021, McLaren akan menggantikan sumber kuasa sedia ada kepada trenkuasa yang terbukti daripada Mercedes.
Sumber: F1-insider