Video yang tular di laman media sosial itu merakamkan tindakan lelaki tersebut menunggang secara melulu serta membahayakan orang awam.
Malah, lelaki itu juga dilihat turut menguji kepantasan jenteranya apabila berjaya memecut sepantas 250 km/j di atas jambatan tersebut.
Berdasarkan hantaran di Facebok IPD Timur Laut Pulau Pinang, sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.