Laman web sesak: MITI tangguh sementara permohonan jam 2.00 - 4.00 petang ini

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) mengumumkan sejak permohonan untuk syarikat meneruskan operasi dibuka pada jam 9.00 pagi hari ini, aliran trafik ke portal MITI telah mengalami peningkatan yang mendadak sehingga mencecah 176,000 pengguna dalam tempoh masa dua jam pertama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MITI mendapati bahawa majoriti pelawat ini bukan syarikat tetapi individu yang mengakses portal MITI. Jumlah pelawat yang terlalu tinggi ini adalah tidak selari dengan jumlah syarikat dalam sektor yang telah diluluskan.

Justeru itu, MITI akan mengkonfigurasikan semula sistem permohonan bagi memastikan hanya syarikat dalam sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja boleh mengakses sistem permohonan tersebut.

Sistem permohonan ini akan ditutup buat sementara pada jam 2.00 petang dan akan kembali berfungsi pada jam 4.00 petang melalui laman web MITI, https://application.miti.gov.my.

MITI ingin mengingatkan syarikat-syarikat yang sedang membuat pendaftaran untuk memastikan maklumat syarikat mereka disimpan sebelum jam 2.00 petang.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MITI dan agensinya MIDA, turut telah menggerakkan pasukan khusus melibatkan PERKESO dan Jabatan…
Berita Domestik
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz…
Berita Domestik
Menurutnya, setakat ini kerajaan masih mengekalkan sasaran awal tersebut namun beliau bersama-sama…