Bahagian enjin jentera ini masih mengekalkan dua unit silinder selari sama seperti model 790 Duke, namun ia mampu menghasilkan lebih 18 hp dan 12 Nm, menjadikan kuasa keseluruhannya 121 hp pada 9,250 rpm dan 99 Nm tork pada 7,750 rpm.
Bagi mencapai tambahan kuasa ini, KTM telah mempertingkat kapasiti enjin 890 Duke R menjadi 890 cc daripada 799 cc. ia dibuat dengan dengan membesarkan bore menjadi 90.7 mm daripada 88 mm dan stroke ditambah menjadi 68.8 mm daripada 65.7 mm.
Dipadankan pula dengan piston baru, nisbah mampatan enjin motosikal ini ditingkatkan daripada 12.7:1. menjadi 13.5:1.
Untuk bahagian bawah enjin pula, model 890 Duke R menggunakan crankshaft yang boleh berpusing 20 peratus lebih baik berbanding sebelum ini. Ia memberikan lebih keseimbangan pada kelajuan sekata, rpm tinggi dan ketika mengambil selekoh.
Pada bahagian head pula, camshaft 890 Duke R mempunyai profail yang lebih agresif dan lift yang lebih tinggi.
Selain itu, KTM juga telah mempertingkat kotak gear model ini untuk memberikan penukaran yang lebih pantas dengan jarak pergerakan tuil yang lebih rapat serta spring yang lebih pantas.
Untuk memastikan enjin tahan lasak, 890 Duke R mempunyai berat 166 kilogram turut dilengkapkan dengan radiator yang lebih besar untuk sistem penyejukan yang lebih baik.
Untuk lebih dinamik, jentera dengan varian warna hitam dan jingga ini dilengkapi dengan sistem elektronik seperti empat mod tunggangan (rain, street, sport dan track), motorcycle traction control (MTC), ABS, panel paparan TFT serta lampu LED.
Untuk pasaran Amerika Syarikat, jentera ini dijual pada harga USD11,699 (RM50,921) dan dilaporkan dijangka berada di pasaran US pada bulan Jun, seandainya masalah pandemik dunia selesai. Manakala untuk pasaran Malaysia belum dapat lagi kepastian daripada pihak KTM Malaysia.
Spesifikasi:
Jenis enjin: kembar selari, 4 lejang, DOHC
Kapasiti enjin: 890 cc
Bore/Stroke: 90.7/68.8 mm
Penghidup: Electrik; 12V 10Ah
Transmisi: 6 gear
Sistem bahan api: DKK Dell’Orto, 46 mm Throttle Body
Sistem penyejuk: Penyejukan Cecair dengan Penukar Haba Air / Minyak
Clutch: PASC (Power Assisted Slipper Clutch), beroperasi secara mekanikal
Pencucuhan: Bosch EMS with Ride-By-Wire
Kerangka: Keluli tiub CroMoly, Engine as Stressed Member
Kerangka dalaman: aluminum ditempa
Handlebar: Aluminum, Tapered, Ø 26/22 mm
Suspensi depan: WP APEX USD Ø 43 mm
Suspensi belakang: WP APEX Monoshock
Brek depan /belakang: Disc Brake 320 mm/240 mm
Roda depan / belakang: 3.50 x 17”, 5.50 x 17”
Tayar depan / belakang: 120/70ZR17”; 180/55ZR17”
Ketinggian tempat dudukt: 834 mm / 32.8 in
Kapasiti tangki: 14 L / 3.7 gal
Berat (tanpa bahan api): 166 kg
Penulis:
Hamimah Hamid & Mohd UmzarulFaiz Umar