KTM MALAYSIA LANCARKAN 890 SMT SERBA BAHARU - HARGA BERMULA RM101,800

oleh Firdaus Razani|
KTM Malaysia telah melancarkan sebuah motosikal adventure pertengahan dan juga model baharu dari barisan Supermoto Tourer KTM iaitu KTM 890 SMT.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

KTM 890 SMT adalah Supermoto Tourer yang menawarkan prestasi dan pengendalian supermoto dengan keselesaan dan kemudahan touring, menjadikannya pilihan ideal untuk penunggang yang mencari motosikal yang memberikan kedua-dua gaya dan prestasi.

890 SMT adalah inspirasi daripada model sebelum ini iaitu KTM 990 SMT dan berasaskan dari KTM 890 Duke R yang terkenal dengan prestasi mengagumkan.

 

890smt

 

Motosikal ini dikuasakan oleh enjin berkembar selari 2-silinder, 4-lejang, DOHC dengan sesaran 889 cc dan mampu menghasilkan kuasa sebanyak 105 hp pada 8,000 rpm dan 100 Nm pada 6,500 rpm.

890 SMT turut dilengkapi dengan paparan TFT-LCD 5-inci yang menunjukkan semua maklumat dan empat mod tunggangan iaitu Sport, Street dan Rain serta dengan mod trek pilihan yang menawarkan mod pendikit boleh laras (adjustable throttle) dan kawalan cengkaman (traction control).

 

smt890smt890

 

Antara ciri lainnya, motosikal ini dilengkapi Supermoto ABS untuk pengendalian gaya supermoto, membolehkan penunggang mengunci tayar belakang dan meluncur ke selekoh dengan mudah.

Ergonomik yang dipertingkatkan membolehkan penunggang menggunakan postur tunggangan supermoto, menyelit di belakang pemesong angin yang dioptimumkan secara aerodinamik.

 

SMT890

 

Dengan beberapa ciri yang dipertingkatkan, model ini hadir dengan suspensi depan dan belakang daripada WP Apex berserta roda 17 inci memberi tunggangan yang lebih responsif dan menarik.

 

smt890

 

890 SMT dibina dengan serba lengkap dan bersedia untuk berlumba di jalan gunung yang beralun, dengan pembinaannya yang ringan tetapi kukuh yang hanya seberat 194 kg.

Selain itu, KTM juga menawarkan pakej pilihan model ini untuk menambah seperti Quickshifter+ dua hala, Kawalan Pelayaran dan Peraturan Slip Motor (MSR) akan meningkatkan lagi pengalaman menunggang laju yang lancar.

 

smt890

 

Tambahan itu, sebagai pengedar rasmi KTM, NKS Motorsport menawarkan tiga pakej promosi untuk model 890 SMT bersempana pelancaran model itu.

Harga jualan di pasaran Malaysia untuk KTM 890 SMT adalah RM101,800 dan kini ia dibuka untuk tempahan di pengedar rasmi KTM.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 890 SMT, layari www.ktmmalaysia.com atau ke pengedar KTM terdekat.