Langkah ini adalah sejajar dengan visi kerajaan untuk memperkenalkan Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) di kesemua lebuhraya yang menawarkan transaksi nirtunai serta memudahkan urusan tanpa perlu bergantung kepada peranti SmartTag yang lebih mahal harganya.
Sebelum ini PLUS telah pun melaksanakan sistem kutipan pembayaran berasaskan tag RFID di 10 buah plaza tol terbuka bermula awal tahun yang lalu.
PLUS walaubagaimanapun masih lagi menerima transaksi pembayaran tol menerusi penggunaan kad fizikal Touch 'n Go dan SmartTAG bagi membantu para pengguna sebelum beralih kepada penggunaan RFID sepenuhnya.
Untuk mereka yang ingin memasang tag RFID, PLUS menawarkan kit bermula dari harga RM35 (termasuk kos pemasangan kali pertama) dan senarai lokasi boleh dirujuk menerusi pautan di bawah.
https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres
Sementara itu, bermula 13 Mac 2020, PLUS akan membuka 17 pusat pemasangan tag RFID di kawasan rehat dan rawat (R&R) yang terpilih untuk memudahkan pelanggan memasangnya pada kenderaan masing-masing.
Senarai Pusat Pemasangan Tag RFID adalah seperti berikut:
No |
Lokasi |
Waktu Operasi |
1 |
Restoran Jejantas Sungai Buloh (Kedua-dua Arah) |
10:00 pagi – 6:00 petang Isnin hingga Ahad |
2 |
R&R Seremban (Kedua-dua Arah) |
|
3 |
R&R Ulu Bernam (Arah Selatan) |
10:00 pagi – 6:00 petang Jumaat, Sabtu & Ahad |
4 |
R&R Tapah (Kedua-dua Arah) |
|
5 |
RTC Gopeng RTC di Hentian Sebelah Simpang Pulai |
Wilayah Selatan
No |
Lokasi |
Waktu Operasi |
1 |
Restoran Jejantas Ayer Keroh (Kedua-dua Arah) |
10:00 pagi – 6:00 petang Jumaat, Sabtu & Ahad |
Wilayah Utara
No |
Lokasi |
Waktu Operasi |
1 |
R&R Gunung Semanggol (Arah Utara) |
10:00 pagi – 6:00 petang Jumaat, Sabtu & Ahad |
2 |
R&R Gurun (Kedua-dua Arah) |
Pantai Timur
No |
Lokasi |
Waktu Operasi |
1 |
R&R Temerloh (Kedua-dua Arah) (LPT1) |
10:00 pagi – 6:00 petang Jumaat, Sabtu & Ahad |
2 |
R&R Gambang (Kedua-dua Arah) (LPT1) |