Syarikat automotif di China beri bantuan akibat wabak

oleh HEZERI SAMSURI|
Kebanyakan syarikat automotif di China ditutup sempena perayaan Tahun Baru Cina tetapi akibat wabak coronavirus yang melanda, beberapa syarikat nampaknya bangkit untuk membantu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di bawah ialah senarai syarikat automotif di China yang menghulurkan bantuan.

Ford Motor
Syarikat US ini memanggil beberapa kumpulan pekerjanya di Jiangling Motor, rakan kongsi Ford di China untuk menukarkan 600 unit Ford Transit kepada varian ambulan khas.

SAIC Motor
Turut membina van-van mereka kepada ambulan khusus bagi wabak baharu ini.

Beiqi Foton Motor
Juga memasang van ambulan untuk tujuan yang sama dan akan menghantar ambulan-ambulan itu ke daerah Wuhan.

Daimler, BMW, Toyota dan Honda
Memberikan bantuan kewangan antara 5 juta Yuan ke 26 juta Yuan kepada yayasan-yayasan di sana.

Dongfeng Motor dan GAC Motor
Turut memberikan bantuan kewangan untuk penduduk di Hubei dan Wuhan.

Kebanyakan pengedar kenderaan masih menutup dewan pameran mereka untuk meminimakan risiko wabak itu merebak.

Wuhan mempunyai beberapa kilang pemasangan kenderaan, termasuk milik PSA Group, Renault, Nissan, Honda dan General Motors.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…
Sukan Bermotor
Andi Farid Izdihar dari Indonesia yang mewakili Honda Asia-Dream Racing meraih tempat kedua dengan…
Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…