Menurut satu laporan daripada rakan media negara jiran, Iwanbanaran.com telah berjaya mengorek informasi yang menandakan bahawa Indonesia sedang bersiap sedia untuk memasang model Kawasaki ZX-25R itu.
Ini adalah berdasarkan pergerakan Kawasaki yang kini meluluskan salah sebuah daripada vendornya di sana untuk memproduksi salah sebuah komponen yang penting, iaitu sistem ekzos Kawasaki ZX-25R.
Tidak mustahil juga jika dikatakan Kawasaki akan memasang motosikal ZX-25R itu di sana (CKD) bagi memastikan harga jualan menjadi lebih murah berbanding unit yang diimport sepenuhnya (CBU).
Namun, buat masa ini Kawasaki dijangka akan memasang model ZX-25R di Thailand, termasuklah membangunkan rangka enjin dan rangka casis, ini kerana lokasi tersebut merupakan hab pengeluaran bagi model-model Ninja pasaran Asia.
Jika negara jiran Thailand dan Indonesia bakal menerima Kawasaki ZX-25R model pemasangan tempatan, bagaimana pula dengan Malaysia?
Adakah Kawasaki ZX-25R akan dipasang di Gurun, Kedah?