Apa yang berbeza berbanding model edisi terhad yang diperlihatkan tahun lalu, Swift Sport Katana kali ini ditampilkan dengan kit badan lebar yang berjaya menaikkan lagi seri Swift Sport ini.
Masih membawakan warna yang sama seperti Suzuki Katana, Suzuki Swift Sport Katana ini turut menerima hiasan liveri berwarna hitam dan merah untuk memberitahu semua orang, "ini Suzuki Swift Sport Katana!"
Disebabkan Suzuki Swift Sport Katana ini telah dipasang fender flare yang lebar, bumper hadapan dan belakang terpaksa direka semula supaya tahap kelebaran tersebut berjaya diseimbangkan.
Ruang kabin pula menerima kemasan ala-ala titanium pada papan pemuka dan konsol tengah, selain terdapat jahitan kontras berwarna merah pada tempat duduk, stereng dan juga tombol gear.
Namun, apa yang pasti Suzuki tidak pernah menyebut modifikasi terhadap unit enjin, jadi Suzuki Swift Sport Katana ini masih kekal dengan nadi 1.4 liter turbo Boosterjet yang menghasilkan 138 hp dan 230 Nm dan transmisi manual enam kelajuan.