TAS 2020 - Subaru Levorg Prototype STI 2020 didedahkan secara rasmi

oleh Mohamad Hanif|
Subaru menambahkan perencah kepada acara besar Tokyo Auto Show 2020 dengan memperlihatkan secara rasmi model wagon pantas Subaru Levorg Prototype STI 2020.

Jika dibandingkan dengan Levorg Prototype yang dibawakan pada Tokyo Motor Show 2019, model STI ini menambah beberapa elemen yang lebih sporty kepada wagon yang sudah tersedia sporty ini.

Ini termasuklah pemakaian lencana STI, pakej yang lebih sporty dan juga set rim yang lebih agresif.
 


Tiada imej untuk ruang kabin didedahkan buat masa ini, namun Subaru menjanjikan beberapa teknologi baharu buat wagon ini seperti penggunaan penyerap hentak yang dikawal secara elektronik, serta ciri pertama untuk sebuah Subaru - mod pemanduan "Drive Mode Select".

Ciri "Drive Mode Select" itu tadi membenarkan pemandu mengubah beberapa tetapan terhadap sistem pacuan semua roda, input stereng dan juga kadar respons enjin. 
 


Subaru Levorg Prototype STI merupakan gambaran masa hadapan wagon pantas yang bakal diproduksikan oleh Subaru menggunakan pelantar Subaru Global Platform. 

Butiran berkenaan trenkuasa masih lagi samar-samar, namun diberitakan model STI akan hadir dengan enjin boxer empat silinder 2.0 liter yang mampu menghamburkan 300 kuasa kuda. 

Manakala model asas Levorg pula akan dilengkapkan dengan enjin 1.8 liter boxer dengan angka yang masih lagi menjadi rahsia Subaru. 
 


Dijangka Subaru Levorg generasi baharu akan dilancarkan pada separuh kedua tahun ini. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Apa yang berbeza berbanding model edisi terhad yang diperlihatkan tahun lalu, Swift Sport Katana…
Berita Global
Mugen pada waktu tersebut memperlihatkan sebuah konsep yang digelar sebagai Honda Civic Mugen RR…
Berita Global
Antara perubahan yang positif dibawakan kepada Civic Type R 2020 ini termasuklah rekaan bumper…