Usah risau, buat para peminat Mercedes-AMG yang tidak berpuas hati dengan talaan kilang 416 kuasa kuda itu, anda boleh mendapatkan khidmat daripada Renntech - salah sebuah rumah penala yang sinonim dengan Mercedes-Benz.
Dengan kit talaan yang sedang dibangunkan terdiri daripada turbo, set ekzos dan talaan perisian, anda boleh bayangkan Mercedes-AMG A 45 anda mampu mencapai kuasa setinggi 592 kuasa kuda!
Terlalu tinggi? Anda boleh memilih untuk mendapatkan versi 543 kuasa kuda dengan kit yang serupa.
Namun jika anda mahukan kuasa yang lebih sedikit berbanding enjin standard, pilih saja talaan kepada sistem perisian dan anda akan mendapat kuasa sekitar 469 hp dan 575 Nm.