Identiti utama siri N ialah ruang dalaman yang luas dan pelbagai guna. Honda sememangnya cekap dalam menggunakan ruang dan ia terserlah pada siri N.
Pelanggan juga gemarkan kelengkapan keselamatan, keselesaan dan prestasinya yang berkuasa.
Strategi Honda dalam mengkhususkan tawaran N sangat berjaya apabila jualan setakat November 2019 telah pun mencecah 2,520,786 unit. Ini adalah bulan ke-96 sejak model pertama N-BOX dilancarkan pada Disember 2011.
Untuk sebuah siri yang pasarannya di Jepun, prestasi jualan tersebut sangat cemerlang.
Model N-BOX kedua diperkenalkan pada September 2017 dengan platform dan nadi kuasa baharu. Honda turut melengkapi N-BOX dengan Honda SENSING yang kemudian mendapat sambutan baik.
Selepas N-BOX, Honda menggunakan platform sama bagi membangunkan N-VAN dan dilancarkan pada Julai 2018. Model baharu N-WGN kemudian menyusul pada Ogos 2019.
N-VAN dibina untuk pelbagai tugas manakala N-WGN pula sebagai kereta penumpang yang selesa dan boleh digunakan untuk semua orang.
Honda akan terus membangunkan siri keluarga N bagi memenuhi pelbagai gaya hidup dan memberikan lebih nilai kepada para pelanggan.
Cuma harapan penulis agar Honda N-BOX dipasarkan pada harga mampu milik kerana ramai yang mengidamkannya!
Penulis: Muhammad Md Tajudin