Untuk street, Harley-Davidson akan menggunakan model Bronx yang dijana oleh enjin serba baharu - enjin Revolution Max 975 cc, sejukan cecait. DOHC dengan V-Twin 60-darjah.
Enjin itu menghasilkan 115 hp dan 94.9 Nm, jauh lagi bertenaga dari enjin-enjin lapuk Harley-Davidson yang hanya sesuai untuk cruiser.
Counter-balancer dalaman digunakan untuk mengurangkan gegaran dari sudut 60-darjah itu sementara enjin itu sendiri menjadi sebahagian dari kerangka.
Tidak ada banyak informasi diberikan oleh Harley-Davidson dan ia berkata segala maklumat akan diberikan apabila Bronx ini hendak mula dipasarkan tahun hadapan.
Yang pasti, bila BMW sudah berhenti menggunakan Brembo sebagai alatan standard, Harley-Davidson bekerjasama dengan pembuat brek masyhur itu untuk menghasilkan rekabentul angkup bagi brek radial Monoblock untuk motosikal ini.
Michelin juga ditarik untuk duduk bersama dan bekerjasama bagi projek Bronx.
Menjelang tahun 2022, Harley-Davidson bercadang untuk mempunyai sebanyak sembilan model standard/street dan dua motosikal genre ADV serta lima motosikal custom.
Ini benar-benar satu perubahan.