Insiden tersebut disyakki berlaku antara jam 1.00 pagi dan 6.00 pagi ketika hujan lebat.
Paling teruk ialah pasukan Angel Nieto yang kehilangan banyak komponen-komponen untuk jentera Moto2 dan Moto3 mereka.
Razlan tidak menyangkal dakwaan bahawa ada kemungkinan ia dilakukan oleh sindiket yang mempunyai pertalian di peringkat antarabangsa.
"Saya bermesyuarat dengan pasukan Angel Nieto pagi semalam dan diberitahu bahawa mungkin ada sindiket yang terbabit kerana mereka tahu apa yang hendak dicuri," ujarnya kepada NST.
"Contohnya, mereka cuma mengambil beberapa jenis tayar, angkup brek dan komponen-komponen berkaitan. Alatan lain seperti komputer tidak dicuri walhal mereka mengambil komputer dari pasukan lain," tambah beliau.
"Kebanyakan komponen yang diambil ialah khusus untuk perlumbaan dalam musim hujan," kata Razlan.
Razlan juga berkata pasukan-pasukan lain telah tampil untuk membantu pasukan-pasukan yang terbabit dengan berkongsi komponen-komponen mereka.
* Artikel berdasarkan laporan asal di New Straits Times