Program ini bertujuan untuk memperkasakan lagi adaptasi dan penggunaan elemen dan sistem digital untuk menambah baik operasi perniagaan menerusi platform perkongsian yang dibangunkan oleh MARii.
Program perintis TDP ini dibangunkan bersama Fintech Lab serta dirasmikan sendiri oleh YB Datuk Darell Leiking, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di Pusat Kebudayaan Penampang, Sabah.
Sebanyak 10 SME tempatan yang memiliki kepakaran di dalam kraftangan, perabot, makanan dan konfeksionari telah disenaraipendek bagi menyertai program TDP ini.
Program TDP sepanjang enam bulan ini akan menilai prestasi peserta berdasarkan aspek kewangan, teknologi serta peluang pasaran di mana hasil penilaian ini akan digunakan sebagai panduan untuk membangunkan program intervensi bagi menyelesaikan isu yang dihadapi dalam perniagaan.
Menurut Dato' Madani Sahari, CEO MARii berkata, "program ini membenarkan SME untuk mengoptimasikan operasi perniagaan menerusi adaptasi teknolgi dan menambah aktiviti untuk meningkatkan produktiviti.
Menerusi TDP ini juga, para peserta akan mengadaptasi dan menerapkan teknologi berkaitan Industri 4.0 selari dengan Dasar Nasional Industri 4.0 (Industry4WRD) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selain daripada itu, kriteria lain yang dititikberatkan termasuklah opsyen memperkembangkan operasi perniagaan, produk yang mempunyai potensi untuk menarik lebih ramai pelanggan, serta mewujudkan kehadiran dalam talian.