Shell umum barisan pemenang 'Realisasi Impianmu Bersama Shell'

oleh Mohamad Hanif|
Tidak lama lagi, Shell Malaysia bakal menampilkan pelbagai seleksi produk tempatan bermula Januari 2021 seiring dengan pengumuman pemenang bagi inisiatif 'Realisasi Impianmu Bersama Shell' yang telah dijalankan bermula 18 Ogos sehingga 20 November 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lebih daripada 300 Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) berdaftar di bawah inisiatif ini dan telah menjalani proses penilaian yang cukup ketat untuk melihat beberapa aspek seperti kualiti, inovasi dan keupayaan pengedaran.

Enam pemenang telah diumumkan di bawah Shell Private Label Contract di mana mereka akan diberikan peluang untuk menjual produk tersendiri di lebih 600 kedai Shell SELECT di seluruh negara, selain diberikan sokongan pemasaran, pembungkusan dan logistik oleh Shell.

23 SME yang lain disenaraikan di bawah Shell Product Listing, di mana mereka akan mendapat peluang yang serupa di stesen Shell yang terpilih.

Berikut merupakan enam SME yang berjaya menerima Shell Private Label Contract:

Produk

SME

Aiskrim Malaysia IKAT

Big Why Enterprise

Salis Pop Rice

Binarich Enterprise

Ready-to-Eat Murtabak

I ON Enterprise

Tea

Kincirmas SDN BHD

Ready-to-Eat Burger

Meals in Minutes SDN BHD

Pineapple Juice

Rompin Integrated Pineapple Industries SDN BHD

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami telah bawa isu ini ke perhatian kerajaan Persekutuan, kami hargai cakna dan keprihatinan…
Berita Domestik
Kajian dan ujian yang dilakukan oleh Shell untuk formulasi terbaharu ini menjamin prestasi yang…
Pelancaran
Ia juga selari dengan aspirasi Shell untuk menjadi perniagaan tenaga sifar emisi menjelang tahun…