Antara yang menjadi faktor penghalang utama adalah tahap kebolehpercayaan EV terutama di dalam cuaca yang buruk, selain persepsi pemanduan yang 'kosong'.
Malah, menurut kajian Ford, kira-kira 19 peratus rakyat Amerika sahaja yang percaya kepada pemanduan EV di dalam cuaca buruk, dan 28 peratus memilih untuk menggunakan EV untuk ke mana-mana sahaja jika berlaku kecemasan.
Angka yang sangat rendah bukan?
Untuk membuktikan bahawa kesemua persepsi awalan itu salah, Ford telah menerbitkan beberapa gambar acah yang memaparkan bentuk sebenar SUV yang diinspirasikan daripada Mustang itu.
Walaupun masih lagi memakai pelekat samaran yang sangat tebal, Ford akhirnya menunjukkan kepada dunia bagaimana prestasi sebenar SUV elektrik baharu mereka di dalam cuaca bersalji serta suhu -40 darjah Celcius itu.
Dalam video terbaharu itu, tiada sebarang maklumat tambahan diberikan akan tetapi ia memberikan satu gambaran bahawa kenderaan elektrik masa hadapan dari Ford bakal memberikan impresi yang positif kepada umum.